Tuesday, June 29, 2010

Mimpi aku itu...

Selamat tengaharii! erk. kali ni aku nak cite menarik ni. mimpi malam tadi ni. nak tawu aku mimpi apa? erk teka cuba teka. jeng jeng jeng!


oke mula-mula, aku mimpi aku ada dalam rumah arwah atok aku. pastu tengah sedap gosip sorang-sorang, erk sorang? ah lantak, aku tak nampak orang lain dalam mimpi tu, aku ternampak ular bapak gila besar keluar dari dalam bilik arwah atok aku.


erk. besau nyaaaaaaaaaaa!

dia keluar menyusurrrr terus keluar rumah. tak pedulikan langsung ada orang comel kat tepi dia. padahal aku da kecut tahap tak bole kecut masa tu. 


pastu tiba-tiba aku mengadu kat mak aku. hah! masa bila diorang muncul dalam mimpi aku pun aku tak tawu. mak aku cakap, hah! itu sebenanya arwah atok datang menyerupai ular sawa. erk!


pastu aku tiba-tiba ternampak arwah atok aku yang betul-betul punya ada dalam bilik dia. aku cuit-cuit mak aku, tunjuk ke arah arwah atok aku. mak aku terus panggil arwah atok aku. arwah datang terus berborak dengan kitorang. peh!


oke, aku tersedar dari mimpi! termenung kejap! kenapa mimpikan arwah ni? aku terus sedekahkan AL-FATIHAH pada arwah. sambung tido balik.


ni la arwah. kurus kan? tp dalam mimpi, memang gemuk gila!


nak tawu??? mimpi pun bersambung bai! kali ni, ada kat tingkat atas rumah arwah. tiba-tiba rumah tu penuh orang kampung. arwah muncul tiba-tiba, yang beshnya, atok sedara aku bole buat sujud syukur mengadap arwah sebab bersyukur dapat berjumpa arwah walau kejap je.


pastu suasana jadi hiba. sume nangis. nangis sebab happy arwah balik kejap jumpa sanak sedara. aku?? menangis gila-gila bai. rindu kat arwah la katakan! sambil nangis, sambil hidangkan air pada tamu-tamu. erk, terserlah keanakdaraan aku di situ!


pastu? aku cakap kat orang2 kampung tu, "atok kite gemuk kan? nampak gemuk betul" diorang sume mengiyakan. "agaknya kat 'sana' arwah senang hati, banyak makan". erk ternyata mimpi aku sudah merepek!


credit to: google


bila aku tersedar, aku termenung lama-lama. kenapa aku mimpikan arwah ni? arwah bole bercakap macam biasa dengan kitorang. padahal kitorang tawu arwah da meninggal. badan arwah pulak gemuk! tak macam arwah yang sebenar. dia kurusssssssssss sangat!


terus aku sedekahkan AL-FATIHAH pada arwah berkali-kali. moga-moga rohnya aman di sana. hmmm, masih tertanya, apa maksud mimpi ni??..

Monday, June 28, 2010

Jiran aku itu BANG NGANG!

Ohhh. mengapakah! oke pada suatu hari, erk. tadi la! tiba-tiba akak aku menjerit panggil aku.


"eca! mak a'u!" erk. ha???? a'u?? jatuh ke? darah aku da bederau. mak jatuh?


"mak jatuh??" aku tanya muka penuh persoalan. 


"MAK GADUH LA!!" erk. ooooo. mak gaduh! muka akak aku tak boleh blah. serius habis. bekerut memek muka dia. mati2 aku ingat mak jatuh. bukan pe, macam tu la muka dia masa bagitau arwah atok aku jatuh. hmm..


aku terus bangun tinggalkan laptop kejap. memang nampak mak aku gaduh. ingatkan gaduh dengan si jantan tu. rupanya, dengan bini jantan tu. lalala~


mula-mula aku datang mendamaikan la kan. bini jantan tu ada dalam rumah dia je. mak aku da merah padam muka dia marah-marah.


skali, tiba-tiba aku dengar betina tu menjerit sumpah seranah mak aku. ehhhhhhhh. aku apa lagi kan. tiba-tiba je darah aku yang tadi rilex berenang-renang ni, membuak2 naik ke kepala!


terus aku balas segala. habis semua yang tersimpan dalam jiwa ni, ku hemburkan. nak ikutkan, memang aku nak pegi mengadap muka betina tu, bagi sedas dua kan. tapi, mak aku amik giliran lak menenangkan aku.


hmm. kalo korang kat tempat aku, aku rasa korang akan buat mende yang sama. betina tu memang tak guna. tak kenang budi. kurang ajar! eh macam-macam la. menggigil jugak badan ini. lalalala~


hakikatnya, aku kalo tade jiran cmtu, aku memang tak kisah 200%!!

MAK! eca nak anak kembar MAK!!

Assalamualaikummmmmmmmmmmmm! hmm. tadi aku saje search gambar baby twin. erk, jumpa macam2 gambar. geramnya tengok. jom layannn




halolololololololololololo ~

hololololololololololololololololo ~


skang jugak aku nak kawen!!!

MAKKKK! ECA NAK ANAK KEMBAR MAKKKKK!!


Sunday, June 27, 2010

JUSTKHAI lawan dengan ARIFFSHAH? erk. lalalala ~

Assalamualaikummmmmm! oke nak start da ni!


tadi aku saje cek ranking kat alexa.com tu. apa keputusannya? lalalala. tayah menyibuk nak tawu. tengok sendiri la. KAHKAH!


bagi korang, taklah bagus sangat kan? tapi bagi aku, da naik 1k la ranking tu. lalalala. alhamdulillah~


pastu aku saje ranking mereka-mereka yang glam ni kan. [glam ke?]. erk glam la kalo tak takkan alexa.com kenal, kan? kan? korang? lagiiiiiiii lah kenal! KEHKEH!


tu haa. si blogger ARIFF SHAH.com dengan JUSTKHAI.com tu. nak tau? ranking dorang dalam Malaysia ni, beza 1 je. sapa pemenang? abang aku la, erk, tu la ARIFFSHAH.com


seronok pulak tengok dua-dua blogger yang aku kenal dan glam ni [dorang tak kenal aku langsung] ni beza 1 je ranking nye.


meh meh usha sama-sama. bertarikh 27 Jun 2010 tepat pukul 20:38 saat aku cek alexa.com tadi. lalalala~


ni cik JUSTKHAI.com punya, lalala~

dan ni cik ARIFFSHAH.com punya, jeng jeng jeng! 

beza 1 je kan? yang penting, dorang sama fofular. i salute u all tau. nak jadi cm u all, erk tah bila, yang penting, i tatap akan berblog walau i takkan glam smpai bila2. lalalala~

and and, i memang kejar populariti, tp i tak pandai memomularkan diri. [momular? erk] lagipun, 'popular' tu suka lari jauh2. i ni ada semput, taley kejar laju2. lalalala~ [sejak bila aku pandai ber i i ni? lalalala]

apa-apa pun, berblog lah dengan ikhlas. jeng jeng jeng. ikhlas kah aku? hanya Tuhan yang tahu. ;))

Saturday, June 26, 2010

Aku sayang kakak aku, tapi.....

Okey di pagi hari yang hening lagi dingin dihiasi hujan renyai-renyai ouch sangat sejuk, aku memulakan taipan pertama untuk hari ini!


pagi tadi aku bangun paling awal. 5.25 pagi! yeahh! sebelum subuh. bangun, terus mandi. basuh kain. basuh pinggan. kemas dapur. then, buat nasi goreng. lalalala~


kemas ruang tamu, sidai kain, siap semua! tiba-tiba kakak aku bersuara. 


"abah, ikan goreng semalam tade lagi ke?'
abah: "tade dah. abah da makan habis. nak bagi kucing makan ke? bagi jela ikan bilis"
"kucing tak suka ikan bilis la!"


tiba-tiba makcik sorang tu mencelah, "goreng la ikan bilis tu. sama je rasa dengan ikan goreng"


kakakku tiba-tiba marah, "KUCING TAK SUKA IKAN BILIS LAHHHH!!"


darah makcik sorang tu da mula nak mendidih, "dah tu! tak payah bagi makan terus!! suruh goreng ikan bilis pun MALAS!!"


abah menasihati makcik sorang tu, "awak ni. cuba cakap baik2 dengan akak tu. dia tu dah la tengah runsing. baru kehilangan 'AYAH' 'MAK' dia."


makcik sorang tu diam je. tak melawan. tapi hati da menyumpah seranah. arghhh! geram. nak bagi kucing makan pun nak demand. kira nasib baik la makcik sorang tu tinggalkan sikit nasi untuk dia bagi kucing dia makan!


bila mak mula masuk campur, habisss pagi tadi dihiasi dengan KEBEBELAN mak aku. kakak aku kena marah sebab pasal ikan bilis pun nak marah2. makcik sorang tu pun sama je kena marah. sebab dengan kakak nak kurang ajar. 


tatawu la kenapa dengan makcik sorang tu. tiba-tiba hangin pulak pagi-pagi. makcik tu memang panas baran. lalala~ susah la nak bendung kemarahan tu.


okey, actually, kakakku itu ada satu penyakit bernama AUTISME. iaitu akalnya tidak serupa jasad dan umurnya. erk, cmne ek? ala-ala lembab? bukan. okey, kalau dia 20 tahun, perangai dia macam budak 7 tahun. lebih kurang cmtu la.


sebab tu, aku tak manja. walau aku anak bongsu. sebab aku ada akak yang aku terpaksa layan serupa adik. tapi baran aku ni buatkan aku layan dia jadi betul2 macam adik. jahat kan aku ni?


dan 'MAK' 'AYAH' akak aku tu, ialah arwah atok jantan dan arwah atok yang baru meninggal 19 jun yang lepas. dari kecik lagi arwah bela akak aku. kalau aku yang ta bape rapat dengan arwah ni da cukup sedih dengan kehilangan arwah, apatah lagi akak aku kan?


tapi akak aku, effect dia lambat sikit. masa dapat tau arwah da tade, dia selamba je. tapi da seminggu ni, baru nampak dia termenung. agaknya, dia baru terasa kehilangan. kesian kat dia kadang-kadang. tapii....


BARAN AKU NI BELUM ADA PENYEMBUHNYAAA!!! arghhh!


Aku cari NOVEL THRILLER!! tolong akuu!!

Aku nak post entry ni pendek je. 


KORANG TAWU TAK kat MANA nak cari NOVEL THRILLER???


novel yang berkisarkan tentang bunuh-bunuh. erk, seram la. kalo baca, meremang la bulu roma. kalo biasa-biasa je, tak menarik hati le, tak minatt.


yang aku penah baca dulu, dia ni gila. dia ni bunuh orang. sebab dia dengar bisikan. cara dia bunuh orang pun dia cerita. tapi cite dia panjang.


dalam novel tu, banyak kisah. rupanya, ada kisah realiti dengan kisah fantasi. yang fantasi memang nampak real gila. lasttttt baru tawu, rupanya dia ni gila.


dalam kisah fantasi tu, dia ni jadi peguam. bersama dengan doktor, selesaikan kes anak guaman dia. anak guaman dia tu gila, bunuh orang sebab dengar bisikan.


dalam babak yang second last tu, dia naik mahkamah. nak tolong setel pasal anak guaman dia la. sekali tiba2 dia pening. pengsan. bila bangun, dia kat hospital.


dalam babak last tu, rupa-rupanya, anak guaman dia tu lahhhhh peguam sebenar, doktor tu masih doktor, dan dialah yang gila bunuh orang sebab dengar bisikan tu!


bila last mukasurat novel tu, dia tulis, eh tak ingat pulak. yang aku ingat, "berhati-hati, kemungkinan realiti anda adalah fantasi bagi orang keliling anda".


TOLONG WEYH! aku nak sangat cari novel ni. kat pasaran tade! tatawu nak cari kat mana dah!!!

Nak kurus sebelum Raya!!

Haiiii. harini aku terasa teruja fulak. nak tawu ke kenapa? sebab kan, sebabbbbbbbbb, aku pakai baju lama. yang dulu sempitttttt sangat. memang ketat gila bai.


tapi tadi aku pakai, arghhhhhh da longgar! KAHKAH! baju tu, sekali tu je aku pakai. bila rasa ketat, aku terus taknak pakai. sebab aku tak suka pakai baju ketat. nanti nampak segala-gala yang comel memel ni kan.






tapi tadi serius, aku pakai da longgar. memang buatkan aku teruja bai! memanglah aku minum JUS MATE 5. tapi aku ni tak serius. agaknya kalau aku serius, aku da kurus habis tau!


aku rindu bentuk badan aku yang lamaaaa!! dulu, berat 51 pun da nampak berisi, ini kan lagi, tetttttt! KAHKAH! lu pikir la sendiri! 


alolololo. bambamnya pipi diaaa! curi kat GOOGLE je. ngeh ngeh


tapi kan, korang jangan tengok pipi aku je. pipi aku tak menunjukkan badan aku yang sebenar. sebab pipi aku memang tembam macam kuih pau semulajadi dari baby lagi.


masa zaman kurus dulu pun, pipi aku menten tembam. sampai ada kata aku tak normal. KAHKAH! pipi tembam gila, tapi badan kurus!!


yang turun naik, cuma badan aku. tangan [dari siku hingga ke jari], kaki [dari betis hingga ke jari] dan pipi menten tak berubah! huhu! pelik tak?? takla pelik sangat kot. tapi ramai tegur bila aku da GUMUK ni, mende2 yang aku cakap tadi TAK GUMUK pulok. kecik je.






yang membuatkan aku bertambah-tambah semangat nak kurus ni, bila SANGKEKASIH menjanjikan nak bagi sesuatu yang memang aku sukaaaaa! target pertama berat badan, aku dah berjaya capai! so, BMI aku dah NORMAL! tak TERLEBIH BERAT lagi!!


skang, nak kejar target kedua. target kedua ni, disiplin seminggu, da dapat capai kot. KAHKAH! cuma nak turunkan 2kg dari berat sekarang je!


target ketiga? tu laaahhh. yang dijanjikan SANGKEKASIH tu! kalau dapat capai target ketiga, maka dapat hadiah tuuu! yay!!


dan target terakhir, capai turun 4kg dari berat target ketiga, dan mentenkan!! penat dah pakai baju ketat!! nak yang longgar-longgar pulokkk!! DOAKAN AKU BERJAYA CAPAI TARGET KETIGA SEBELUM RAYA!!


bia aku berterus terang ye.


berat menakutkan a.k.a asal : 70.4kg! - arghhhhhh!
target pertama: 62kg! [ BMI normal ] - DONE! ✔
target kedua: 60kg! - ONTHEWAY
target ketiga: 55kg! - SABARRRR!
target terakhir: 51kg! - JAUH LAGI!


cukupla sekadar 50 tu. kalau bawah lagi, takut muka cengkung! erkk berangan! tapi angan-angan ni aku sedang usahakannnn!!