Tuesday, June 29, 2010

Mimpi aku itu...

Selamat tengaharii! erk. kali ni aku nak cite menarik ni. mimpi malam tadi ni. nak tawu aku mimpi apa? erk teka cuba teka. jeng jeng jeng!


oke mula-mula, aku mimpi aku ada dalam rumah arwah atok aku. pastu tengah sedap gosip sorang-sorang, erk sorang? ah lantak, aku tak nampak orang lain dalam mimpi tu, aku ternampak ular bapak gila besar keluar dari dalam bilik arwah atok aku.


erk. besau nyaaaaaaaaaaa!

dia keluar menyusurrrr terus keluar rumah. tak pedulikan langsung ada orang comel kat tepi dia. padahal aku da kecut tahap tak bole kecut masa tu. 


pastu tiba-tiba aku mengadu kat mak aku. hah! masa bila diorang muncul dalam mimpi aku pun aku tak tawu. mak aku cakap, hah! itu sebenanya arwah atok datang menyerupai ular sawa. erk!


pastu aku tiba-tiba ternampak arwah atok aku yang betul-betul punya ada dalam bilik dia. aku cuit-cuit mak aku, tunjuk ke arah arwah atok aku. mak aku terus panggil arwah atok aku. arwah datang terus berborak dengan kitorang. peh!


oke, aku tersedar dari mimpi! termenung kejap! kenapa mimpikan arwah ni? aku terus sedekahkan AL-FATIHAH pada arwah. sambung tido balik.


ni la arwah. kurus kan? tp dalam mimpi, memang gemuk gila!


nak tawu??? mimpi pun bersambung bai! kali ni, ada kat tingkat atas rumah arwah. tiba-tiba rumah tu penuh orang kampung. arwah muncul tiba-tiba, yang beshnya, atok sedara aku bole buat sujud syukur mengadap arwah sebab bersyukur dapat berjumpa arwah walau kejap je.


pastu suasana jadi hiba. sume nangis. nangis sebab happy arwah balik kejap jumpa sanak sedara. aku?? menangis gila-gila bai. rindu kat arwah la katakan! sambil nangis, sambil hidangkan air pada tamu-tamu. erk, terserlah keanakdaraan aku di situ!


pastu? aku cakap kat orang2 kampung tu, "atok kite gemuk kan? nampak gemuk betul" diorang sume mengiyakan. "agaknya kat 'sana' arwah senang hati, banyak makan". erk ternyata mimpi aku sudah merepek!


credit to: google


bila aku tersedar, aku termenung lama-lama. kenapa aku mimpikan arwah ni? arwah bole bercakap macam biasa dengan kitorang. padahal kitorang tawu arwah da meninggal. badan arwah pulak gemuk! tak macam arwah yang sebenar. dia kurusssssssssss sangat!


terus aku sedekahkan AL-FATIHAH pada arwah berkali-kali. moga-moga rohnya aman di sana. hmmm, masih tertanya, apa maksud mimpi ni??..

Monday, June 28, 2010

Jiran aku itu BANG NGANG!

Ohhh. mengapakah! oke pada suatu hari, erk. tadi la! tiba-tiba akak aku menjerit panggil aku.


"eca! mak a'u!" erk. ha???? a'u?? jatuh ke? darah aku da bederau. mak jatuh?


"mak jatuh??" aku tanya muka penuh persoalan. 


"MAK GADUH LA!!" erk. ooooo. mak gaduh! muka akak aku tak boleh blah. serius habis. bekerut memek muka dia. mati2 aku ingat mak jatuh. bukan pe, macam tu la muka dia masa bagitau arwah atok aku jatuh. hmm..


aku terus bangun tinggalkan laptop kejap. memang nampak mak aku gaduh. ingatkan gaduh dengan si jantan tu. rupanya, dengan bini jantan tu. lalala~


mula-mula aku datang mendamaikan la kan. bini jantan tu ada dalam rumah dia je. mak aku da merah padam muka dia marah-marah.


skali, tiba-tiba aku dengar betina tu menjerit sumpah seranah mak aku. ehhhhhhhh. aku apa lagi kan. tiba-tiba je darah aku yang tadi rilex berenang-renang ni, membuak2 naik ke kepala!


terus aku balas segala. habis semua yang tersimpan dalam jiwa ni, ku hemburkan. nak ikutkan, memang aku nak pegi mengadap muka betina tu, bagi sedas dua kan. tapi, mak aku amik giliran lak menenangkan aku.


hmm. kalo korang kat tempat aku, aku rasa korang akan buat mende yang sama. betina tu memang tak guna. tak kenang budi. kurang ajar! eh macam-macam la. menggigil jugak badan ini. lalalala~


hakikatnya, aku kalo tade jiran cmtu, aku memang tak kisah 200%!!

MAK! eca nak anak kembar MAK!!

Assalamualaikummmmmmmmmmmmm! hmm. tadi aku saje search gambar baby twin. erk, jumpa macam2 gambar. geramnya tengok. jom layannn




halolololololololololololo ~

hololololololololololololololololo ~


skang jugak aku nak kawen!!!

MAKKKK! ECA NAK ANAK KEMBAR MAKKKKK!!


Sunday, June 27, 2010

JUSTKHAI lawan dengan ARIFFSHAH? erk. lalalala ~

Assalamualaikummmmmm! oke nak start da ni!


tadi aku saje cek ranking kat alexa.com tu. apa keputusannya? lalalala. tayah menyibuk nak tawu. tengok sendiri la. KAHKAH!


bagi korang, taklah bagus sangat kan? tapi bagi aku, da naik 1k la ranking tu. lalalala. alhamdulillah~


pastu aku saje ranking mereka-mereka yang glam ni kan. [glam ke?]. erk glam la kalo tak takkan alexa.com kenal, kan? kan? korang? lagiiiiiiii lah kenal! KEHKEH!


tu haa. si blogger ARIFF SHAH.com dengan JUSTKHAI.com tu. nak tau? ranking dorang dalam Malaysia ni, beza 1 je. sapa pemenang? abang aku la, erk, tu la ARIFFSHAH.com


seronok pulak tengok dua-dua blogger yang aku kenal dan glam ni [dorang tak kenal aku langsung] ni beza 1 je ranking nye.


meh meh usha sama-sama. bertarikh 27 Jun 2010 tepat pukul 20:38 saat aku cek alexa.com tadi. lalalala~


ni cik JUSTKHAI.com punya, lalala~

dan ni cik ARIFFSHAH.com punya, jeng jeng jeng! 

beza 1 je kan? yang penting, dorang sama fofular. i salute u all tau. nak jadi cm u all, erk tah bila, yang penting, i tatap akan berblog walau i takkan glam smpai bila2. lalalala~

and and, i memang kejar populariti, tp i tak pandai memomularkan diri. [momular? erk] lagipun, 'popular' tu suka lari jauh2. i ni ada semput, taley kejar laju2. lalalala~ [sejak bila aku pandai ber i i ni? lalalala]

apa-apa pun, berblog lah dengan ikhlas. jeng jeng jeng. ikhlas kah aku? hanya Tuhan yang tahu. ;))

Saturday, June 26, 2010

Aku sayang kakak aku, tapi.....

Okey di pagi hari yang hening lagi dingin dihiasi hujan renyai-renyai ouch sangat sejuk, aku memulakan taipan pertama untuk hari ini!


pagi tadi aku bangun paling awal. 5.25 pagi! yeahh! sebelum subuh. bangun, terus mandi. basuh kain. basuh pinggan. kemas dapur. then, buat nasi goreng. lalalala~


kemas ruang tamu, sidai kain, siap semua! tiba-tiba kakak aku bersuara. 


"abah, ikan goreng semalam tade lagi ke?'
abah: "tade dah. abah da makan habis. nak bagi kucing makan ke? bagi jela ikan bilis"
"kucing tak suka ikan bilis la!"


tiba-tiba makcik sorang tu mencelah, "goreng la ikan bilis tu. sama je rasa dengan ikan goreng"


kakakku tiba-tiba marah, "KUCING TAK SUKA IKAN BILIS LAHHHH!!"


darah makcik sorang tu da mula nak mendidih, "dah tu! tak payah bagi makan terus!! suruh goreng ikan bilis pun MALAS!!"


abah menasihati makcik sorang tu, "awak ni. cuba cakap baik2 dengan akak tu. dia tu dah la tengah runsing. baru kehilangan 'AYAH' 'MAK' dia."


makcik sorang tu diam je. tak melawan. tapi hati da menyumpah seranah. arghhh! geram. nak bagi kucing makan pun nak demand. kira nasib baik la makcik sorang tu tinggalkan sikit nasi untuk dia bagi kucing dia makan!


bila mak mula masuk campur, habisss pagi tadi dihiasi dengan KEBEBELAN mak aku. kakak aku kena marah sebab pasal ikan bilis pun nak marah2. makcik sorang tu pun sama je kena marah. sebab dengan kakak nak kurang ajar. 


tatawu la kenapa dengan makcik sorang tu. tiba-tiba hangin pulak pagi-pagi. makcik tu memang panas baran. lalala~ susah la nak bendung kemarahan tu.


okey, actually, kakakku itu ada satu penyakit bernama AUTISME. iaitu akalnya tidak serupa jasad dan umurnya. erk, cmne ek? ala-ala lembab? bukan. okey, kalau dia 20 tahun, perangai dia macam budak 7 tahun. lebih kurang cmtu la.


sebab tu, aku tak manja. walau aku anak bongsu. sebab aku ada akak yang aku terpaksa layan serupa adik. tapi baran aku ni buatkan aku layan dia jadi betul2 macam adik. jahat kan aku ni?


dan 'MAK' 'AYAH' akak aku tu, ialah arwah atok jantan dan arwah atok yang baru meninggal 19 jun yang lepas. dari kecik lagi arwah bela akak aku. kalau aku yang ta bape rapat dengan arwah ni da cukup sedih dengan kehilangan arwah, apatah lagi akak aku kan?


tapi akak aku, effect dia lambat sikit. masa dapat tau arwah da tade, dia selamba je. tapi da seminggu ni, baru nampak dia termenung. agaknya, dia baru terasa kehilangan. kesian kat dia kadang-kadang. tapii....


BARAN AKU NI BELUM ADA PENYEMBUHNYAAA!!! arghhh!


Aku cari NOVEL THRILLER!! tolong akuu!!

Aku nak post entry ni pendek je. 


KORANG TAWU TAK kat MANA nak cari NOVEL THRILLER???


novel yang berkisarkan tentang bunuh-bunuh. erk, seram la. kalo baca, meremang la bulu roma. kalo biasa-biasa je, tak menarik hati le, tak minatt.


yang aku penah baca dulu, dia ni gila. dia ni bunuh orang. sebab dia dengar bisikan. cara dia bunuh orang pun dia cerita. tapi cite dia panjang.


dalam novel tu, banyak kisah. rupanya, ada kisah realiti dengan kisah fantasi. yang fantasi memang nampak real gila. lasttttt baru tawu, rupanya dia ni gila.


dalam kisah fantasi tu, dia ni jadi peguam. bersama dengan doktor, selesaikan kes anak guaman dia. anak guaman dia tu gila, bunuh orang sebab dengar bisikan.


dalam babak yang second last tu, dia naik mahkamah. nak tolong setel pasal anak guaman dia la. sekali tiba2 dia pening. pengsan. bila bangun, dia kat hospital.


dalam babak last tu, rupa-rupanya, anak guaman dia tu lahhhhh peguam sebenar, doktor tu masih doktor, dan dialah yang gila bunuh orang sebab dengar bisikan tu!


bila last mukasurat novel tu, dia tulis, eh tak ingat pulak. yang aku ingat, "berhati-hati, kemungkinan realiti anda adalah fantasi bagi orang keliling anda".


TOLONG WEYH! aku nak sangat cari novel ni. kat pasaran tade! tatawu nak cari kat mana dah!!!

Nak kurus sebelum Raya!!

Haiiii. harini aku terasa teruja fulak. nak tawu ke kenapa? sebab kan, sebabbbbbbbbb, aku pakai baju lama. yang dulu sempitttttt sangat. memang ketat gila bai.


tapi tadi aku pakai, arghhhhhh da longgar! KAHKAH! baju tu, sekali tu je aku pakai. bila rasa ketat, aku terus taknak pakai. sebab aku tak suka pakai baju ketat. nanti nampak segala-gala yang comel memel ni kan.






tapi tadi serius, aku pakai da longgar. memang buatkan aku teruja bai! memanglah aku minum JUS MATE 5. tapi aku ni tak serius. agaknya kalau aku serius, aku da kurus habis tau!


aku rindu bentuk badan aku yang lamaaaa!! dulu, berat 51 pun da nampak berisi, ini kan lagi, tetttttt! KAHKAH! lu pikir la sendiri! 


alolololo. bambamnya pipi diaaa! curi kat GOOGLE je. ngeh ngeh


tapi kan, korang jangan tengok pipi aku je. pipi aku tak menunjukkan badan aku yang sebenar. sebab pipi aku memang tembam macam kuih pau semulajadi dari baby lagi.


masa zaman kurus dulu pun, pipi aku menten tembam. sampai ada kata aku tak normal. KAHKAH! pipi tembam gila, tapi badan kurus!!


yang turun naik, cuma badan aku. tangan [dari siku hingga ke jari], kaki [dari betis hingga ke jari] dan pipi menten tak berubah! huhu! pelik tak?? takla pelik sangat kot. tapi ramai tegur bila aku da GUMUK ni, mende2 yang aku cakap tadi TAK GUMUK pulok. kecik je.






yang membuatkan aku bertambah-tambah semangat nak kurus ni, bila SANGKEKASIH menjanjikan nak bagi sesuatu yang memang aku sukaaaaa! target pertama berat badan, aku dah berjaya capai! so, BMI aku dah NORMAL! tak TERLEBIH BERAT lagi!!


skang, nak kejar target kedua. target kedua ni, disiplin seminggu, da dapat capai kot. KAHKAH! cuma nak turunkan 2kg dari berat sekarang je!


target ketiga? tu laaahhh. yang dijanjikan SANGKEKASIH tu! kalau dapat capai target ketiga, maka dapat hadiah tuuu! yay!!


dan target terakhir, capai turun 4kg dari berat target ketiga, dan mentenkan!! penat dah pakai baju ketat!! nak yang longgar-longgar pulokkk!! DOAKAN AKU BERJAYA CAPAI TARGET KETIGA SEBELUM RAYA!!


bia aku berterus terang ye.


berat menakutkan a.k.a asal : 70.4kg! - arghhhhhh!
target pertama: 62kg! [ BMI normal ] - DONE! ✔
target kedua: 60kg! - ONTHEWAY
target ketiga: 55kg! - SABARRRR!
target terakhir: 51kg! - JAUH LAGI!


cukupla sekadar 50 tu. kalau bawah lagi, takut muka cengkung! erkk berangan! tapi angan-angan ni aku sedang usahakannnn!!

Resident Evil versi 3D?

Nak tawu skang ni aku tengah buat apa? aku tengah tengok cite RESIDENT EVIL. cite ni aku memang ikuti. tp kat dvd jela. wayang tak dapat nak tengok masa tu.





jadi tadi aku download semula cite RESIDENT EVIL EXTINCTION yang dia terpisah dari orang-orang jahat tu. tapi lain pulak yang aku dapat. aku dapat versi kartun. 3D punya.

tapi korang tawu jela MAT SALEH ni kalau buat cite tu dalam bentuk katun sekalipun, tetap nampak real kan. tetap aku tekejut-tekejut. ngeh ngeh ngeh. orang makan orang. eh ni bukan kanibal. tapi zombi.

aummm! KAHKAH! dah dah. nak sambung tengok balik. babaii. sedih gak ni tapat tengok yang ori. auummmmmm! KAHKAH!

Friday, June 25, 2010

Cerita versi pantun versi aku versi entah apa-apa!

Teringat aku saat itu
Kau menengok aku tanpa jemu
Aku tertanya apakah yang kau nengok itu
Rupanya baju aku terkoyak di situ


Eh aku mulai marah
Kenapa mesti nak tenung baju aku yang merah
Apa dah tade mende lain nak tengok dah?
Bahagian koyak ni jugak buat iman kau goyah


Aku panggil kau datang sini
Kau terpinga-pinga macam nak lari
Aku angkat kening ni tiga kali
Kau datang suara tak bunyi-bunyi


Aku ketawa terbahak-bahak
Buat kau hampir tersedak
Eh kenapa kau gelak?
Soalan tu kau tanya aku, nak kena sepak?


Kau jadi makin lemau
Sebab nampak aku da macam rimau
Eh sesuka hati kau je nak kutuk aku ye Fey Mau!
Aku belasah nanti kau jugak hidup segan mati tak mau!


[ aku tatawu nak sambung apa lagi dah! KAHKAH! ] tolong sambung kan..



Saje nak kongsi hadiah dengan korang!

Lalalala ~ kali ni saje nak kongsi hadiah from SANGKEKASIH. dia bagi sweater coklat dengan shirt putih. alalala. sangat sweet lah budak mahsham itu.


pegi mana-mana pum tatap tak lupa aku. masa tu dia teman membe dia shopping kat Melaka. then, dia belikan aku sekali. muah! ciuman terbang untukmu. KAHKAH!


tralalala. nengok le puas-puas yo ~ tak cantek macam engkorang mahupun makwe engkorang!

Thursday, June 24, 2010

Tayah la bangga sangat friendlist korang ramai kat FACEBOOK tu!

Sejuk tangan aku. menggigil. kenapa? bila aku tengok gambar-gambar tu? gambar apa? nanti korang tengok okey.


ni semua perihal FACEBOOK yang tengah berhantu ni la sekarang. bila aku tengok, aku jadi takut sangat-sangat. 


ye, memang aku tak approve semua yang add aku. asal aku tak kenal, aku takkan sesekali approve. aku pastikan aku betul-betul kenal dia. samada kawan lama aku atau kawan baru aku. 


walaupun diorang kawan-kawan aku, aku tetap tanak kongsi gambar-gambar aku lagi. cukup la dulu-dulu aku suka tayang gambar. sekarang ni, lebih berhati-hati la babe.


sila la tengok gambar-gambar ni okey. untuk korang lebih berhati-hati. sekian.


[ klik je. akan buka new tab ]


Penakutnya aku kan?

Assalamualaikummmmm! yeahh! pagi ni aku berjaya bai. aku berjaya bangun sebelum subuh. sebelum azan subuh! seronoknya!! dengan pantas aku mandi. nak dapatkan air sejuk tu lah!!


padahal aku tidur pukul 1 lebih jugak. haishh. lagi lambat aku tidur, lagi cepat aku bangun. ini sudah bagus!! dan malam tadi jugak aku tidur dengan sangat nyenyak! walaupun aku tidur sorang-sorang je kat rumah ni.


bukan apa, malam tadi kan malam jumaat kan?? aku ni sebenarnya PENAKUT YANG AMAT!! jadi, apa-apa aku kena syko diri sendiri.






dulu tahun 2006, aku penah duduk rumah ni sorang-sorang. masa tu, rumah ni baru siap la. so aku kena bersihkan rumah ni hari-hari. lagipun aku da habis sekolah kan. jadi aku taklah penakut sangat.


sekarang ni tatawu kenapa penakut yang amat. tapi abang ngah aku pernah kata, HANTU ni dia takkan muncul depan kita. takkan! kalau nampak tu, cuma ilusi kita je. so, aku taknak fikir pasal hantu.


lagipun sekarang, aku dah tak minat tengok cite hantu. suspen bunuh-bunuh takpe. jangan ada hantu. abah aku cakap, kalau da tawu diri tu jenis teringat-ingat dan penakut, janganla tengok cerita hantu. so, aku ikut la pesanan tu! HEHE!


dah! dah. itu je yang aku nak cerita. korang bersiap sedia. aku nak blogwalking ni! BABAIII!

Tidur rumah sorang? Arghhhh!

Aku cuma nak bagitawu. malam ni aku tidur rumah sorang-sorang. abah dengan mak tidur rumah atok. aku bukan tanak tidur sana, dah 2 malam aku tidur sana, aku tak dapat tidur nyenyak okey.


Tu yang aku tanak tidur sana lagi. buat sakit badan aku je. bangun pun lambat. nanti aku jadi pemalas. aku tak mawuu malas-malas. tanak bangun lambat. nanti rezeki susah nak masuk.


da lah tengah tade keje ni. camne rezeki nak masuk, kalau bangun lambat kan? lagipun, kalau mandi sebelum subuh, air yang sejuk tu dapat hapuskan lemak di badan. buat masa ni, aku terjaga di kala azan da bekumandang!


hattoiii belum dapat bangun sebelum azan subuh la. okey okey. cepat-cepat wish GOOD NIGHT SWEET DREAM kat aku. nak p tidur ni! ILOVEU!! KEHKEH!

Wednesday, June 23, 2010

Lagu-lagu tema PIALA DUNIA menggamit gegendangku!!

Yeahhhh! sekarang semangat bola kan? world cup gitu. aku  ni bukanlah penyokong bola sepak. AKAK tak minat dek. tapi bab-bab teman tengok bola, aku boleh layannn! tade hal punya.


incik abah memang selalu suruh aku teman dia tengok bola. hishh. agaknya dia nampak aku ni ganas macam jantan, tu yang dia selalu ajak teman. KEHKEH! lagipun semua anak jantan dia da ada keluarga sendiri. duk jauh.


tu yang tinggal anak dara dia ni je. ades. tapi kan korang, lagu-lagu bola sepak memang aku takkan lupa. aku memang suka layan! arghhhh! bila dengar meremang bulu roma den!


ni lagu pertama yang aku minatttt sangat!! world cup tahun 1998 punya lagu tema. dinyanyikan oleh abang RICKY MARTIN sanun! arghhh! kalau dengar, nak gelek! KAHKAH! here we go, ale ale ale, go go go ale ale ale! KAHKAH!





dan yang ni lagi satu lagu bola yang memikat aku sekali lagi. yang baru ni la. seronok betul dengar. tegoyang-goyang kepala lutut aku. KAHKAH! ta bape paham bahasa nya. tapiiiii, beshhhhh wo!!


jom kita layan sama-sama lagu-lagu niii! manyakkk syiokkkkk!

Usik pun tidak!!

Pada suatu hari, Razak sedang mengambil mangga di kebun datuknya. Sedang Razak memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Razak melihat panorama itu. 


Tak lama kemudian, didengarnya suara tangisan remaja perempuan itu, sambil teresak-esak sambil berkata. " Abang, macam mana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggungjawab. " "Sudahlah dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas," jawab si lelaki.


Razak terperanjat lalu berteriak, "Wah! wah! Kamu berdua sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"






MAK AIHHHH. KAHKAHKAH!

Bertutorial dengan aku secara personal!

Hallluuuu! selamat pagi dunia! pagi ni lewat sikit la aku bangun. sodap bona mimpi. ades. ni haa. malas la nak cakap banyak. 


aku kan da bagitawu kan. aku tak pandai buat tutorial. tapi macam ni jela. aku ada sikit idea yang agak bole berguna. tapi dengan kerjasama la.


cara ni, aku tak perlu lah tawu email atau password korang kan. selamat di situ. kasi aku TEAMVIEW dengan korang. sebanyak tiga kali. 


pertama, untuk aku mengenali coding korang. amik coding korang dan tuka apa yang patut. kedua, untuk aku isi balik coding yang da diubah tu. ketiga, untuk apa-apa yang tak kena dengan mata korang.


apa TEAMVIEW ni?? okey, bagi yang tatawu tu. meh add YM aku. kalau ada SKYPE lagi bagus. kalau nak add YM = nisa_echa823801. kalau nak add SKYPE = ecizG. nanti melalui situ, aku akan terangkan seterang-terangnya!


harap korang paham. kalau nak aku tolong, macam ni je caranya. okey? BABAIII

Tiada lagi cerita kenangan bersama lelaki lepas ni!

Alamakkk! aku baru sedar la kawan-kawan. aku dah on laptop ni dari pagi sampai ke malam. da 14 jam! arghhhhh! tu lahh! asik godek page je. da tade keje lain. 


erkk. kantoi aku ni fulltime blogger kan? KAHKAH! sebab tu lah aku boleh ubah-ubah page. sebab aku banyak masa. itupun kalau tak ada aktiviti la. kalau ada, aku jarang on. kalau on pun, kejap-kejap je.


biasanya keje-keje rumah da siap dalam pukul 8 pagi. tu yang da tade mende lain nak buat, aku DATING la dengan belog ni. sampai SANGKEKASIH naik cemburu dibuatnya. KEHKEH!


hah! dan entry ni adalah entry terakhir. terakhir apa? terakhir untuk menceritakan kisah-kisah lama yang melibatkan lelaki. bukan apa, tadi si pembaca dan penyemak ku yang TEGAR itu sudah WARNING sama aku la.






dia sudah sangat cemburu. tak boleh tengok aku cerita pasal lelaki lain. yelahh. ikutkan jela. nanti majok lagi. da la susah nak pujuk. lempang kang, terus lupa kat aku. KAHKAH!


dah dah. tu je yang aku nak cite setakat ni. nak off da. 14 jam weyh. kesian HUBIZ[laptop] ni, dia nak rehat jugak. NITEEEE!!


Apa lagi yang aku tak puas hati ni!!

Assalamualaikumm! Hmmm. kawan-kawan. korang perasan tak? macam-macam yang berubah kat page aku kan? sebenarnya kan, aku masih tak berpuas hati ni.


Aku ni jenisnya, selagi tak puas hati mata ni menengok, selagi tu lah aku akan usik page tu. sampai aku puas hati. tapi ni, aku da blur. da tatawu nak letak apa lagi atau ubah apa lagi kat page aku ni.


aku masih tak puas hati sebenarnya. sangat tak puas hati. kalau korang tengok mende ni sentiasa berubah, maknanya ada la yang aku masih tak puas hati. mata ni masih tak sedap memandang.


susah kan jadi orang macam ni?? hmmm. korang rasa lahh. apa yang patut aku ubah ek??

Benci SPAM kat shoutmix!

Assalamualaikummm! kali ni aku nak cite pasal spam2 yang selalu orang buat kat shoutmix blogger tu. kalau datang belog bagi salam, bertegur sapa tu, okey lagi. ni tak. terus je bagi link. 


ala-ala spam okey. sekali je aku penah kena. keluar youthsays? hmmm. then, bila dapat lagi, aku memang takkan klik link tu tanpa sebab.


ni da 2 blogger, aku banned dia dari menyepam kat shoutmix aku. aku memang tak suka. shoutmix tu aku buat untuk beramah mesra. bukan untuk spam. PAHAMM??


ni datang-datang je, terus letak link tu. haihhhh. da sangap sangat nak orang klik ke dek?? lepas ni, aku bagi warning. asal aku tertipu je dengan link tu, AUTOMATIK link dia aku banned! 


dengan tak sengaja aku takkan jengah lagi lah belog dia kan. mintak maap ye. memang aku tak suka spam2 macam ni. eh lantak nak panggil spam ke apa ke, yang penting aku tak minat link yang tade kena-mengena tu okey!

Tuesday, June 22, 2010

Aku memang tak pandai buat tutorial

Tenkiuu sangat-sangat sudi jengah belog ni. Pasal apa pulak kali ni ye? Aku memang tak pandai buat tutorial.? Hmmm. tak paham? JOM BACA ENTRY NI

Assalamualaikummmmm! Kali ni aku nak post ringkas je. nii haa. berkenaan dengan page aku ni. kalau korang nak tawu, pasal coding ni, aku taklah hebat mana. hattoi.

aku cuma tawu menggodek je. bukan tawu semua. aku cuba macam-macam. baru dapat macam yang korang nampak sekarang.



sebab tu, aku cakap, aku tak dapat buat tutorial mengenai page. sebab mende-mende ni, aku godek-godek je. lagi satu, aku memang tak pandai bertutorial.


setakat tolong gitu-gitu tu, boleh lah. tapi nak ajar secara khusus tu, agak rumit la dekk. memang kurang pandai.


contohnya macam depa. minta aku buat tutorial. alamakkkkk. saya ta pandai la sayanggg!

tapi, kalau nak saya tolong ubahsuai, insyaAllah saya boleh tolong. lagipun, template lain-lain kan. jadi coding tak semua ada, tak semua sama.

aku punya page, template orang. tapi aku ubah suai je. jadi macam template aku sendiri. tapi tatap tak lupa mengkreditkan ownernye okey!

aku cuma boleh tolong UBAHSUAI template korang secara personal. bukan dengan buat tutorial. sekian. muahhhh!

Cite Dil Se menggamit kenangan!

Tenkiuu sangat-sangat sudi jengah belog ni. Pasal apa pulak kali ni ye? Cite Dil Se menggamit kenangan!.? Hmmm. tak paham? JOM BACA ENTRY NI

Kali ni, aku nak bercerita tentang lelaki yang penah bertakhta di hati aku masa aku, errr errr darjah 4!! KAHKAH! kecik-kecik da pandai sayang-sayang kan? kan? 


ahh lantak! aku ingat lagi masa tu. ada sukan sekolah. sebelum tiba harinya, kan ada praktik tiap-tiap petang kan. aku suka datang tengok. sebab dekat dengan rumah aku. sukan yang paling aku suka masa tu, lompat jauh.


bila da hari-hari aku datang, ada la mata yang memerhati aku kan. aku ni, bukan perasan pun kalo ada orang perati aku ke kan. buat dekkk je. KEHKEH!


satu hari tu, ada sorang kakak tu bagitawu aku. ada sorang brader tu kimsalam kat aku. aku ohh kan je. tak amik port pun. tapi kan, hari-hari pulak brader tu kimsalam kat aku. agaknya, dia nak sangat aku balas kot.


last-last, aku cakap kat kakak tu, " suruh dia jumpa kite je baru kite balas salam dia " erkk. boleh pulak cmtu ek. KEHKEH! brader tu pun jumpa aku. tapi waktu petang. masa sukan tu.


aku dok kat tepi tebing. tengok orang lompat jauh. sekali dia pun duduk sebelah. tanya aku tengah buat apa. haihhhh nak aje aku cakap, tengah cuci kapal terbang. KAHKAH!


last-last dia ngaku dia yang selalu kimsalam kat aku. macam biasa. aku ohhh kan je. KEHKEH! nak dijadikan cite, dengan pantas, dia cakap nak COUPLE dengan aku! hattoiii! aku buat-buat tak dengar. padahal da tekejut gila!


sebenarnya, budak tu adalah kaki macam-macam kaki. kaki ponteng, kaki gaduh, kaki pukul, eh sume kaki yang jaat la! tu yang aku tekejut. apa hal budak samseng ni suka kat aku. aku ni kan nerd. eh nerd la sangat! nakal sikit-sikit je. KAHKAH!


tah aku tak ingat kenapa. aku boleh terima dia. jadilah kitorang pasangan couple yang tah hapa-hapa! KAHKAH! yang beshnya apa tau. dia ni suka gaduh kat lua sekolah. betul-betul berhadapan dengan tempat aku tunggu bas sekolah.


tapi sejak dia COUPLE dengan aku. dia tak berani nak gaduh lagi dah. takut aku MEMBEBEL. apa ke hebat sangat BEBELAN aku agaknya. sampaikan, ada 1 masa tu, dia gaduh. dia tak perasan aku ada duduk tersorok sikit. bila aku bangun, dia nampak, dia terus menyorok belakang pokok besar. KAHKAH! 


bila saat dia nak pindah ke KEDAH, dia bersalam dengan semua konco-konco dia. aku nampak, aku bergenang je air mata. tengok dari jauh. bila kawan-kawan dia cakap dia nak jumpa aku, aku tanak. tatawu kenapa. dia sempat bagi aku 1 keychain. tulis nama aku dan dia. ada puisi jiwang baii!


masa dia pegi, aku sedih gila. gila-gila ah! aku tengok je dia kua dari sekolah. tatawu dia nampak ke tak. ada la dalam 2 minggu dia baru pindah, kerap jugak dia call aku. lepas tu, senyap terus. agaknya bil melambung kot. mana taknya, utara dengan selatan tuuuu!


kadang-kadang, ada jugak terdetik hati ni, kata rindu kat dia sangat. nak buat macam mana. tu sume zaman kanak-kanak. skang tatawu la dia hidup lagi ke tak. kat mana dia. macam mana rupa dia bila da dewasa ni. skang, umur dia 23! nama dia, KHAIRUL HAKIM!


bila tengok video clip, CHAIYA CHAIYA dari filem hindustan DIL SE, aku mesti teringat kat dia sangat-sangat. sebab masa dia baru pindah, aku suka tengok cite tu. pastu gaya SRK masa tu sebijik macam dia. lagu tu pengubat rindu aku pada dia.


sekali tadi, TV3 beritawu sabtu ni ada cite tu. terusssss teringat kat KHAIRUL HAKIM tu. tapi tak lah rindu sangat. sebab semua rindu ni da jadi milik SANGKEKASIH. yang pasti, kalau lah aku dapat contact dengan dia semula, akulah manusia paling gembira dalam dunia dalam masa 24 jam!!

Telor, Zierwa, kamu berdua memang terbaikkkkk!!

Tenkiuu sangat-sangat sudi jengah belog ni. Pasal apa pulak kali ni ye? Telor, Zierwa, kamu berdua memang terbaikkkkk!!? Hmmm. tak paham? JOM BACA ENTRY NI

Sekarang aku macam-macam dah malas. malaslah nak senaraikan apa dia. see?? nak senaraikan pun malas tau!! M A L A S. orang kata kalau dah tumbuh penyakit M ni, memang tade ubat lee!


aku cukup-cukup malas nak berblogwalking sekarang ni. bangun awal pun malas. diet pun malas. nasib baik, makan tidur mandi masih tak malas. kalau malas jugak, hatoiiiii memang rosak, KAHKAH!


sebenarnya aku nak kisahkan pasal dua blogger tegar ni. yang sorang, nicknamenya TELOR. dia ni, setiap kali aku ada entry baru, mesti dia akan masuk belog aku. apa bukti? dia selalu tinggal jejak dekat shoutmix aku sana.


SETIAP KALI PAHAM?? walaupun dia tak drop komen, tapi kedatangan dia tu dah cukup bermakna buat aku! setiap kali okey. sampai aku naik segan tak balas kunjungan dia. bukan apa, aku ni jenis, kalau orang tinggalkan mesej kat shoutmix yang setakat singgah je, aku takkan layan. KEHKEH!


lagi sorang si ZIERWA ZAINAL. hah! yang dia ni pulok. drop komen okey. hampir semua entry aku dia komen. kalau dia baru dapat tawu pasal entry ke 3 aku, dia pasti akan komen entry sebelum-sebelum tu yang dia tak komen lagi. PASTI OKEY!


ni lagi sorang. buat aku segan. jarang balas komen dia. bukan setakat dekat belog dia, dekat kotak komen aku tu pun aku tak balas. punyalah pemalas aku sekarang ni! cepat terajang aku! HUHU!


okey la korang berdua dan pengkomen-pengkomen yang lain. aku pasti akan balas komen dan kunjungan korang. tapi tak pasti bila. rasanya sampai penyakit M ni dah sembuh kot. aku pasti akan balas. PASTI!! 
JANGAN JEMU JENGAH BELOG AKU YE. TENKIUUUU MANYAK-MANYAK!

Page aku tade HEADER lagi dah!

Tenkiuu sangat-sangat sudi jengah belog ni. Pasal apa pulak kali ni ye? Page aku tade HEADER lagi dah!? Hmmm. tak paham? JOM BACA ENTRY NI

Haiii. aku cuma nak bagitawu ni. skang macam da malas lak nak bina header. bukan apa, asik tuka-tuka je kan. last-last aku off terus. KAHKAH! skang terus baca entry je. tade tengok header dulu meh.


okey itu saje. sekian.

Monday, June 21, 2010

Aku ni play girll???

Tenkiuu sangat-sangat sudi jengah belog ni. Pasal apa pulak kali ni ye? Aku ni play girll??? Hmmm. tak paham? JOM BACA ENTRY NI

Assalamualaikummmmm! tiba-tiba teringat kisah zaman sekolah dulu. aku ni kalau minat kat seseorang, gila punya minat, aku akan usahakan untuk bermesra dengan dia! oh yeahhh!


dulu, masa aku tingkatan 2, aku penah minat pada sorang brader ni. masa tu dia tingkatan 4. badan dia taf-taf gitu. aku gelar dia kingkong sebab orang yang berbadan taf kan berjalan kengkang. KAHKAH!


alamak. bukan macam ni ye rupa dia. ouch ngeri akak! KAHKAH!

okey sambung. kebetulan masa tu, ada pertandingan kawad kaki KADET REMAJA SEKOLAH. aku terlibat. jadi aku ni tade but a.k.a kasut tebal tu. jadi nak dijadikan cite, punyalahhh teruja kan, aku buat keputusan, nak pinjam je but kingkong tu. padahal dia KADET POLIS. haiiyaaa mana lah sama kan?

aku tak pakai pun but dia. sebab nak kena gelak?? aku simpan je kat rumah. tersengih-sengih tengok but dia. pastu nak pulang, beria-ia tunggu dia balik. aku ni sesi petang, dia sesi pagi. jadi sanggup masuk perhimpunan lewat sebab nak pulangkan kat dia.

huishhh. bila pk-pk ahhh susah pulok nak tengok muka dia selalu. aku buat keputusan nak duduk asrama je. asrama tu belakang sekolah je. sapa-sapa boleh masuk. hehe. bila dapat, punyalah suka. sebab aku masuk asrama semata-mata nak tengok dia dengan lebih kerap.

bila kat asrama, aku baru tawu orang panggil dia MAT TAF. bila time makan je, mata aku mesti jeling-jeling dia. hati ni sentiasa berdebar kalau tertentang mata dengan dia. ouchh! tersengih dengan sendiri hattoiii!

bila bertembung, aku selalu tegur dia. sampaikan dia mula perasan yang aku selalu beri perhatian pada dia. kawan-kawan dia pun dapat kesan yang aku ni suka kat dia. ouch malu akak! tak boleh nak sembunyi perasaan ni.

bila da makin mesra, malam-malam ada sesi dating tau. biasanya dating terjadi bila jumaat malam. esoknya sabtu, tak sekolah. maka ramailah pasangan yang dating. alah, tempat dating tu ialah jalan antara pemisah antara aspura dengan aspuri. betul-betul depan bilik warden. huhu

bila da tiap minggu dating, ada 1 malam tu, dia bagi aku coklat. Ya Allah! masa tu, aku rasa nak melompat sambil jerit, YAHOOOOOOOO!! tapi aku control je. kalau siang, da nampak kot, muka aku kemerahan ke malu an. KAHKAH!

balik bilik je, aku terus jerit, arghhhhhh sukanya! semua pelik. kenapa aku suka sangat? sebab dia ni, seorang yang pendiam, pemalu. tak ada perempuan yang berani dekat dengan dia. sebab muka dia bengis. susah nak senyum.

aku tatawu la macam mana aku boleh cairkan dia. mungkin kerana aku ni jenis beria-ia kot. KAHKAH! dia kesian kot kat aku. ahhhh lantak! janji apa yang aku buat selama ni berbaloi-baloi!

masa sekolah dulu, aku ni nakal sikit. suka ponteng kelas. jadi, sekolah belum tamat, aku da balik asrama dulu. beg sekolah tinggal je dalam kelas. malamnya, nak buat keje sekolah da susah. 

jadi, nak pegi masuk sekolah balik, da takut. aku panggil la MAT TAF ni. laju je dia nak temankan aku. yeahhhh. dia memang tak banyak cakap. dia cuma angguk-geleng je dengar aku bercakap. okey aku memang suka bercakap.

bila kantoi dengan akak-akak ni, malu lah kan. diorang siap tanya aku. macam mana aku boleh 'kawan' dengan MAT TAF ni. aku jawab ringkas je, SEMULAJADI. KAHKAH! senang kan jawapan aku?

bila akhir tahun, aku da tak ingat sangat apa yang jadi. tahun depannya, aku da tak duk asrama lagi. orang yang aku nak, aku da dapat tackle. KEHKEH! bukanlah maksudnya DAPAT MADU SEPAH DIBUANG. da memang jenis aku, aku akan dapatkan sampai dapat, bila da dapat, aku lepaskan je. 

sampai brader-brader yang lain tanya, KAU TAK COUPLE DENGAN MATTAF LAGI KE? aku boleh tanya balik. BILA MASA KITORANG COUPLE?? BUKAN KE KITORANG KAWAN JE?? diorang pelik. HAIII. MATTAF KATA KAU MAKWE DIA. hatoiiiii! bila tah declare.

dan sejak dari itu, aku terus tak berhubung dengan dia. kalau terserempak pun, buat-buat tak kenal. KAHKAH! alahaiii kejamnya. YEKE? bila masuk tingkatan 3, da masuk cite lain pulok. lelaki lain pulok! KAHKAH!

actually, aku baru perasan. lelaki jenis pendiam dan pemalu ni lahh yang aku minat. yang aku akan tackle sampai dapat. dan SANGKEKASIH adalah salah seorang daripadanya! agaknya sebab aku ni suka bercakap. dan diorang aku jadikan pendengar saje. HEHE!

Sunday, June 20, 2010

40 malam tidur rumah atokkkk! arghhhhh~

Tenkiuu sangat-sangat sudi jengah belog ni. Pasal apa pulak kali ni ye? 40 malam tidur rumah atokkkk! arghhhhh~.? Hmmm. tak paham? JOM BACA ENTRY NI

Assalamualaikummmmmm! harini aku nak tidur rumah arwah atok aku. alaaaaa rumah arwah sebelah je dengan rumah aku. mak aku ni haaaa. beria-ia nak tidur rumah arwah.


bukan apa. anak-anak arwah yang lain da balik rumah masing-masing. jadi tinggal lah kami yang berdekatan je. jadi nak tak nak, aku follow lah mak aku. abah pun setuju nak tidur rumah arwah 40 malam.


orang kata, bila orang meninggal, roh arwah akan balik ke rumahnya dalam 40 hari. jadi, tak eloklah tinggalkan rumah tu kosong je kan. kat rumah arwah ni pun dapat jugak signal wireless dari rumah aku tu.


nampak tak? ni lah rumah arwah atok aku. ni bahagian tingkat atas punya. sila abaikan budak baju coklat tu. gambar ni fresh. baru je amik tadi. heheh

40 malam mak aku tidur sini, 40 malam jugaklah aku tidur sini. haishhhhh beranilah sangat aku nak tidur rumah aku sorang-sorang. bukan apa, aku ni kalau ada kematian, agak kecut sikit.

kalau hari-hari biasa, aku tak kisah sangat. lagi pun dah biasa tidur lambat. jadi rumah da serupa macam takde orang. ni ada kematian, tu yang nak tidur bawah ketiak mak jugakkk!! KAHKAH!

okey okey. aku nak ke CB ni. nak mengacau makhluk-makhluk yang ada kat sana. sekian, tenkiuuuuu!

JOM BERJUANGGG!!

Selamat Hari Abah!

Tenkiuu sangat-sangat sudi jengah belog ni. Pasal apa pulak kali ni ye? Selamat Hari Abah!.? Hmmm. tak paham? JOM BACA ENTRY NI

Yay! harini hari bapa kan? aku sebut hari ABAH! aku lupa sebenarnya pagi tadi. tapi, anak angkat abah aku call dia, ucap hari bapa. 


masa tu abah aku cite kat mak aku depan aku. dia siap jeling aku. tanda macam nak suruh aku dengar la tu. hatoiiii! macam mana boleh lupa ni.


mula-mula ingat nak berblogging. tapi tak jadi pulok. aku sibuk siapkan kad untuk abah aku. buat punya buat, dah siap, aku terus turun ke bandar segamat. nak print out kad tu. macam ni lah rupanya!


tak la lawa mana. tapi ikhlas okey. HEHE! iloveu abah!

pastu aku beli kek. warna putih. perisa vanila kot. cantik sangat! huh. tak upload gambar lagi la. malesh. yang kek dalam gambar tu, masa birthday abah 18 april yang lepas.

balik terus aku surprise abah aku! ABAHHHH! SELAMAT HARI ABAH! hehe. beshnye tengok dia sengihhh je memanjang. lepas tu dia tenung je kad yang aku bagi tu. tatawu apa yang ditenungnya. yang penting, ilovemyabah & kek itu sangatt sedap!

SELAMAT HARI ABAHHHHH!!