Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010. usia ouh usia~

Salam.
Selamat Tahun Baru 2010 kepada anda semua.
Seronok tak? Bagi aku, biasa-biasa je. ;)
Nak tahu sebab apa?
Sebab tahun ni la, faiz akan ke Jitra Kedah, sambung study kat sana.
Terasa jauhnya.

Ya Allah, kukuhkanlah cinta kami. Kuatkan iman kami. Setiakanlah rindu kami. Amin.

22 hari lagi, aku da pun berusia 22 tahun. Pergh~ Terasa da besar pulak.
Bila sebut 22, da tak boleh bohong umur.
Bukan apa, kalau 21, boleh cakap, 12 tahun. hehe. Terbalikkan.
Kalau 22, terbalikkan, tetap 22. hehe.

Umur aku da meningkat. Jadi 22.
Tapi ramai yg cakap, usia aku tak sama dengan perangai.
Muka aku pun macam budak-budak. Ades.
Ada ke patut, kebanyakan orang-orang tua cakap aku baru 17 tahun.
Haha. Kelakar la pulak.
Bila orang tanya umur aku, aku suka suruh mereka teka.
Ada yang cakap, umur aku baru belasan tahun.
Bila aku cakap, "kalau saya cakap saya tingkatan 4, awak percaya?"
Kebanyakan kata, percaya. haha. mudanya aku!
Bila aku cakap aku da 21, mereka terkejut. Sebab mereka cakap muka aku macam budak2.

Yela, mana taknya.
Dari kecik sampai besar, aku tinggal dengan keluarga.
Jarang la tinggal berasingan.
Fikiran tak berapa matang.
Cakap pun macam budak- budak.
Sebab tu orang ramai cakap aku masih budak lagi.
Tapi kalau tgk badan, orang cakap, mcm mak budak.
Haha. Biarlah. mulut orang kita tak boleh tutup kan.
Kang kalau tutup kang, orang marah. Hehe.

Jadi, dengan yakin & tabahnya aku berkata,
"AKU SUDAH BERSEDIA MENJADI INSAN BERUSIA 22 TAHUN!"

InsyaAllah, hubungan aku dan faiz akan kekal bahagia walaupun kami akan berjauhan selama setahun.
Abi, iloveu no matter what!~ ;D muah muah~

Wednesday, December 30, 2009

Page Myspace tersayangku !~ hehe

Hai . Salam u all . saje nk posting ngade ngade . nak bitau , aku da upgrade aku nye page kat myspace . hehe . ni la hasilnya . i'm lovin it !~ ;D

[ gambar utk tatapan anda ]
ini lah page aku !~ he . yg terkini dan terlatest yo ~ sonok kn dpt bikin page sdri ? inilah hasilnya , dan aku berpuas hati yo ~ ngeeeee ~ ;D
ni page laki aku . err , voyvren ~ ngee ~ over lak . saje nk edit2 . ag pn, beliau sgt suka simple . so , paling & the very2 simple aku bg . haha . ilove syg !~

Monday, December 21, 2009

Bersawang da belog aku ni. ades

Salammmmm~

Hihi. Lamanya ta berbelog!~
Da besawang belog aku ni.

Smlm, 191209, aku dan dia da genap 9 bulan tau!~
tapi kitorang gado smlm. mlm tadi baru berbaik.
abi, iloveu until the end of my life!~ ;)

Byk yg da belaku tika aku ta bebelog ni.
tapi aku ta bape pasti nak cite cemana.
sedih, gembira, menakutkan, semua ada.

ouh, memang la pengalaman itu mendewasakan kita!~
yang penting, aku sgt merindui kalian yg membaca belog aku ni.

utk pengetahuan kalian, aku masih tade mood nk bebelog.
tapi aku postkn jugak!~ ;D

Nak cite ni.
seseorang tu. da ada couple. pasangan yang disayanginya.
tapi, dia suda pasang skandal. org yg dia suka la. ouh~
kalo la kekasihnya tahu, msti ta dpt maafkn kn?

tu je aku nk cite. hehe.
okey la. babai. mish u tau!~
:):):):):)

Tuesday, December 1, 2009

Lemahnya aku sekarang ..

Sesungguhnya , kisah 2008 benar-benar menyentuh hati & jiwa aku sekarang . Buat aku menangis . Buat aku terkenang . Buat aku menangis lagi . Buat aku mengenang . Buat aku bertambah menangis . Akhirnya , buat aku menyesal kerana mengenanginya . Aku terus menangis ..

Ya Allah , tabahkan lah hati hambaMu yang tersangat lemah tika ini . dia tak mahu redhai kehendakMu Ya Allah . dia menyesali apa yg jadi sedangkan dia tahu , masa itu takkan dapat diulangi . Ya Allah , Kau ampunkanlah dosa dia Ya Allah !

Berhentilah wahai air mata . Walau keluar air mata darah sekali pun , saat itu takkan kembali .. .. ..

Sejujur Mana Kata-kata


sejauh mana ikhlasnya hati
ketika lembut senyum diberi
apakah ada tujuan
sebalik senyuman ini

sejujur manakah kata-kata
ketika kita bertentang mata
bolehkah aku percaya
ini bukan satu sandiwara
kerana sering pengucapan
zahir batin tak seiring
ada rasa ada jiwa
terluka hilang rasa percaya

pengalaman telah mendewasakan
mematangkan fikiran
pahit getir yang pernah dilalui
guru ku sejati
bukan dirimu ku curigai
aku sekadar berhati-hati
tidak rela bakal ada
antara kita yang kecewa
biar waspada

* aku tersangat minatkan lagu ni* :)